alhamdullillah.. everything going smoothly today...now dengar lagu money, money, money... bestnye banyak duit kan.. ape yang kita nak sume dapat. i mean dari segi material la.. kasih sayang of cz la tak dapat dibeli dengan wang ringgit... bila tak de duit tu sedap je cakap nak beli tu nak beli ni, nak tolong orang tu, nak tolong orang ni.. macam-macam la.. bile ade je duit depan mata, ermm makin berkire la agaknya.. harap aku bukan orang macam tu ...
tadi pun ade lagi test iaitu test equity, semenjak dua menjak ni rase cam hidup aku ni miserable je. ape yang difikir pun tak dapat nak di'explain'kan dengan kata-kata. soalan tadi pun bole tahan jugak la..harap sangat apa yang aku belajar ni tak hilang begitu sahaja. demikian juga dengan ilmu akhirat. dunia dan akhirat haruslah seimbang cz tempat yang hakiki adalah di akhirat nanti, dunia ni adalah sementara sahaja.. ilmu yang Allah bagi pada kita pula hanyalah diibaratkan seperti air yang terlekat pada pen sekiranya dicelupkan dalam air.. hanya sedikit.. sedikit yang teramat jika nak dibandingkan ilmu yang seluas lautan..apakah ilmu yang sedikit itu mampu kita manfaatkan? bergantunglah pada diri sendiri...
bila orang tegur kita atau melarang kita membuat sesuatu yang salah atau contohnya membuat maksiat, kita mudah mengucapkan kata-kata kesat, seolah-olah orang yang memberi nasihat itu tidak betul.. contohnya: kita cakap," suka ati aku la nak buat ape pun, kubur asing-asing, kau ape kesah!".. sedarlah rakan-rakan sekalian bahawa bila kita meninggal dunia, orang yang bawa kita ke kubur, pikul keranda kita, gali liang untuk kita, bacakan talkin dan doa untuk kita.. bukannya bila kita mati, kita sendri yang akan ke kubur.. dalam alam barzah pula, kita berjiran dengan kubur orang lain, bukannya satu kawasan tanah perkuburan itu, hanya kubur kita sahaja.. bila datang munkar dan nakir menyoal dan datang ular yang besar, bila kita menjerit terpekik-pekik dalam kubur, ingat lah bahawa ahli kubur yang lain turut mendengarnya, binatang-binatang juga turut mendengarnya..
mungkin juga orang yang pernah menasihati kita itu bersebelahan kubur dengan kita, mungkin juga orang yang menasihati kita itu yang menggali liang untuk kita, mungkin juga orang yang menasihati kita itu yang membawa kita ke tanah perkuburan.. jadi janganlah kita merasakan perbuatan yang salah itu adalah perbuatan yang betul. kenapa tidak kita menghargai orang yang menasihati atau menegur kita itu, mungkin kata-katanya suatu doa, kenapa mahu perlekehkan nasihat orang jika kita tahu kita salah.. alhamdulillah jika kita sedar sebelum terlambat, tapi jika sudah terlambat, kita tanggunglah sendiri, sekurang-kurangnya tanggungjawab orang yang menasihati itu sudah terlepas tetapi bagaimanakah pula tangungjawab kita.. apa yang kita buat, tanggunglah sendiri.. tak de lagi istilah mak ayah yang akan menanggung dosa kita sekiranya sudah akil baligh..
peringatan ini bukan sahaja untuk diri sendiri bahkan juga untuk orang lain..kasihanilah ibu bapa kita yang telah membesarkan kita..
* takziah kepada keluarga Ayu kerana telah kehilangan kakaknya yang tersayang semalam.. al-fatihah~
No comments:
Post a Comment