Mp4 aku rosak..rosak..sedih juga.. dah hantar kedai pun still xleh baiki.. aku sedih..arghh.. bukan aku tak nak beli yang baru, tapi yang orang bagi lebih bermakna.. tolong la pulih wahai mp4.. I love u so much.. plis.. plis…
Hurm.. tadi sempat pegi jenguk kedai yang jual mp3, mp4, mp5 kat giant tu.. mp3 harganye Rm79.00, warna putih, jenis Apple...anyone, plis tolong belikan untuk aku.. nak yang tu..kalo tak mampu yang tu, bole belikan saya MP5.. saya lagi suke..hehe..bole snap2 pictas.. adapun beli yang baru, tapi still tak bole challenge yang lama.. sob…sob..sob…really want it. Tapi nak jugak yang lama tu, tolong la.. kat mane kedai yang bole repair.. saya sangat sedih ni..
Teringat zaman sekolah rendah dulu-dulu; tiap kali kelas bahasa melayu, mesti cikgu suruh buat karangan autobiografi… so sekarang aku nak buat satu karangan autobiografi bertajuk “aku sebuah Mp4.”
Aku sebuah mp4. Aku dibuat di sebuah kilang elektronik di Malaysia. Setelah siap dipasang, aku dihantar ke kedai untuk dijual. Aku berwarna hitam. Badanku berbentuk segi empat tepat. Aku juga berfungsi untuk menyimpan data, lagu, video, gambar dan bermacam lagi. Sungguh menarik kan.
Suatu hari, seorang pelanggan telah membeliku. Sewaktu itu, aku dipamerkan dalam almari berkaca supaya orang yang lalu lalang boleh melihatku. Sebelum pelanggan itu membeliku, pelanggan tersebut membuat panggilan kepada seorang gadis untuk mengetahui warna kegemarannya.. si gadis itu memberitahu bahawa dia menginginkan mp4 berwarna hitam tapi kalau taka de takpe lah.. so pelanggan tersebut membeliku tanpa ragu-ragu lagi. Aku sangat gembira kerana mendapat tuan yang baru..
Pelanggan tadi meletakkan aku kedalam kotak yang berbalut untuk diposkan kepada si gadis tersebut. Selepas beberapa prosedur dijalankan, akhirnya aku sampai ke rumah si gadis tersebut. Gadis itu sangat gembira ketika mendapat bungkusan. Bersama-sama aku ade beberapa barang lain iaitu sehelai T-shirt muslimah, buku, dan diari tahunan. Gadis tersebut sangat terharu atas pemberian pelanggan tadi.
Gadis tersebut bernama sara. Dia adalah tuan baruku. Aku sangat gembira dimiliki olehnya kerana beliau menjagaku dengan cermat dan berhati-hati. Aku juga kagum padanya.. hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, akhirnya aku jatuh sakit. Tuanku sangat susah hati. Skrin tidak lagi memaparkan apa-apa. Yang ada cumalah skin biru yang kosong. So tuanku tak bole menekan fungsinye. Sara kemudian menghantarku ke kedai untuk dibaiki, selepas semiggu, tuan kedai memberitahunya bahawa dia tidak bole membaiki ku.. sekali lagi tuanku sedih.. sedih.. dan sedih.. sampai la sekarang. Mungkin setakat ini sahaja aku dapat berkhidmat kepda tuanku.. semoga ade yang lain bole menggantikan ku..
~End~
p/s: aku sedang L..
No comments:
Post a Comment